Terima kasih yang tak terhingga pada kamu2 yang sudi melawat blog ne walaupun dah lama tak di 'update' kan postnya.
Buat pengetahuan semua, saya sudah pun melanjutkan pelajaran ke ijazah dalam pemasaran di UiTM Shah Alam.
So, makin sibuk lah dinihari. Tapi keinginan utk menulis blog ne masih ada.Cuma masa tak mengizinkan saya.
Diharap jgnlah jemu utk bertandang lagi ye.. ;)
Saya nak tukar sikit lah bahasa yang saya gunakan sebelum ne nampak macam'bajet giler'kan? (jujur)^^'
Ako-saya akan ditukar.So jgn lah pelik pulak.EH! Syla jd BAIK? OMG! hahaha..sekadar utk keselesaan semua.
So akan datang saya harap 'diri' saya akan jadi penulis yang lebih baik utk tatapan semua. Walaupun sedar tak seberapa bilangan nya.Tp sy cuba tuk beri yg terbaik.oh ya! jgn lupa bertandang ke blog saya lagi satu http://sahabatsukaria.blogspot.com/"Satu Hari Satu Cerita".
CHOCOLATE
Itulah tajuk yang akan dibincangkan hari ini. Maaflah bukan nak bercakap tentang
Currently tgh jadikan chocolate sebagai hidangan yang 'tidak boleh diambil' dan Alhamdulillah saya dpt sekat kemahuan yg membuak2 terhadap passion on chocolate. Mane ley tahan beb! Boley..huhu positive..positive..
*Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].
Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.
Namun, coklat juga ada KEBURUKAN..
* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.
SUMBER OLEH :http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-memakan-coklat.html
Buat penggemar tegar coklat,anda dinasihatkan bersederhanalah dalam setiap portion yg diambil kerana Islam juga mengajar kita agar bersederhana dalam setiap perkara.Betul tak?Kalau salah sila betulkan.
Dikesempatan ini saya mohon kawan2 doakan kejayaan kita bersama & agar lebih tabah menghadapi dunia yg penuh cabaran ne.Salam sayang tuk semuengggg !!!! :P
Mcm biasa arrr...silalah komen :)
No comments:
Post a Comment