Sunday, April 7, 2019

Pergi

Jangan menyesal kalau aku tiada
Aku bukan sesiapa
Tak ada harga, tak ada rupa
Cuma seorang manusia yang inginkan semua
Tapi sedar dengan kekurangan dirinya
Takkan ada yang boleh menerima
Sebulat bulatnya

Biasakan hatimu
Jangan diminta pujuk dan rayu
Kerana kau tak sperti dulu
Dah busuk dan tak laku

Janganlah ditangisi pemergianku
Sebab aku hanyalah aku
Menumpang kasih dibumi Ilahi
Kadang dimewah dengan kasih sayang
Kadang dihenyak dengan amarah
Kadang ditertawa oleh yang gah
Kadang ditipu demi kepentingan
Kadang diburu dengan kesedihan

Lumrah manusia memang begitu
Sentiasa mahu yang indah dan cantik
Tak salah untuk kau memilih
Perlahan lahan aku cuba mengerti

Jangan hiraukan aku
Jangan kesahkan yang lalu
Jangan patah semula

Biar biar biar
Nanti aku pujuk sendiri
Hati yang berduri duri
Sebab aku yakin Allah masih disisi

Selamat tinggal semua
Selamat tinggal harta dunia
Selamat tinggal yang susah senang bersama
Selamat tinggal keindahan sang Pencipta

Allahuakhbar!

Wednesday, April 5, 2017

Tahu ~ Fynn

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau berdiri

Satu persatu hilang ertinya
Berdikit dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haus tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari
Yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti
Yang sesungguh sungguhnya
Malam siang beganti
Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
kau tahu
kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan

Sunday, September 20, 2015

Nangis

Nangis.

Air mata
Nangis
Menangis.

Apa lagi yg kau nangiskan?
Semuanya dah berakhir.

Letak tapak tangan di dahi
Usap perlahan
Katakan.

Semuanya dah berakhir
Dia dah pergi
Redhalah
Be thankful to Allah
Sabar.

Nangis
Hentikan itu.

Dia dah mati
Dia dah pergi
Dia takkan kembali.

Tabahlah wahai hati
Nangis.

Berhentilah menangis
Berhentilah.

Pulih semula semangat aku
Tabur ubat diluka aku
Padam semua kenangan lalu.

Be strong
Keep yourself happy
Hold back your tears
Jangan menangis lagi.

Nangis
Nangis
Terus menangis.

Salam junjungan besar ke atas Nabi Muhammad s.a.w..
Allah.


Bantulah aku

Saturday, September 12, 2015

Mudah

Mudahnya.

Mudahnya kau lafazkan

Mudahnya kau berjanji

Mudahnya kau melukakan

Mudahnya kau mencaci

Mudahnya kau ikrarkan

Mudahnya kau biarkan

Mudahnya kau hancurkan

Mudahnya kau lupakan

Mudahnya kau kecewakan

Mudahnya kau tinggalkan

Mudahnya kau biarkan

Mudahnya kau lepaskan

Mudahnya kau diamkan.

Tapi itu tak mudah untuk aku
Sukarnya.

Allah
Bantulah aku.

Aku akan terus menjaga sehingga akhir rasa cintaku
Allahu.

Sebab aku sukar, bukan mudah sepertimu.

Sunday, August 30, 2015

Lelaki

Lelaki.

Tak guna, tak guna, tak guna
Itu kata Yuna.

Lelaki
Ayah aku lelaki
Abg aku lelaki.

Mereka lelaki berguna
Bukan tak guna.

Lelaki
Kenapa kau sakitkan hati?

Kau hebatkah?
Kau herokah?
Kau pemenang kah?

Semua kau minta aku tunaikan
Walau berat aku usahakan
Walau dicaci aku gigihkan
Walhal dihenyak dunia pon aku korbankan.

That night you decided to leave
You promised to come back one day
And I decided to wait
And I'm waiting.

Every night
Every day
Every breath
I'm thinking of you.

I miss you badly
I miss your smile
I miss your laugh
And even your scent.

I'm still waiting
And one bad day
You told me to leave
To forget you
How I'm supposed to do?
Tell me.

I've love you
I've been missing you
And it's your payback
Cruel.

And now I hate you
Even more.

Pergilah jauh jauh
Jangan datang lagi
Pergi
You asked for it.

I hate you now and forever

Truly, Asylla.

Friday, August 21, 2015

Kehilangan

Kehilangan
Bukan senang nak terima
Bukan mudah nak redha
Hari demi hari kian berat.

Aku tak bohong
Apa yg kau buat sgt kejam.

Siapa aku?
Siapa kau?
Kenapa berubah?
Dan aku yang merasa kehilangan
Kau kejam
Kau kejam
Kau kejam.

Aku rindu kekasih aku
Aku rindu kau yang dulu.

Kau yang selalu ucapkan iloveyou
Kau yang selalu bisikkan imissyou
Kau dah hilang
Ye. Kau yang itu, yang dulu.

Aku tak larat nak menangis
Aku dah tak boleh kehilangan
Separuh mati aku tanggung kedukaan
Aku tak bohong.

Kenapa kau kejam?
Kenapa?
Aku taknak kehilangan.

Airmata aku dah habis
Senyum aku dah tawar
Mata aku dah kuyu
Hati aku dah hancur
Kehilangan
Aku kehilangan.

Balik lah kau yg dulu
Balik lah semula
Balik tunaikan janji kau pada aku
Baliklah, aku tunggu.

Saturday, July 11, 2015

Jom

Jom.

Jom buat kebaikan
Jom baiki kelemahan
Jom beringat sebelum kena.

Jom istigfar
Jom sedekah
Jom tutup aurat.

Jom tolong orang
Jom gembirakan hati orang lain
Jom berkata yang baik baik.

Jom berprasangka baik
Jom bersabar
Jom elak maksiat.

Semoga yang baik2 sahaja 'jom' di bulan puasa ini
Yang terjal kau letak tepi
Harap terus istiqomah janji tak buat lagi.

InshaaAllah
Aminn.

Jom.