Saturday, July 11, 2015

Jom

Jom.

Jom buat kebaikan
Jom baiki kelemahan
Jom beringat sebelum kena.

Jom istigfar
Jom sedekah
Jom tutup aurat.

Jom tolong orang
Jom gembirakan hati orang lain
Jom berkata yang baik baik.

Jom berprasangka baik
Jom bersabar
Jom elak maksiat.

Semoga yang baik2 sahaja 'jom' di bulan puasa ini
Yang terjal kau letak tepi
Harap terus istiqomah janji tak buat lagi.

InshaaAllah
Aminn.

Jom.

Thursday, July 9, 2015

Ibu

Selamat hari lahir ibu.
10/07/1960 - 2015. 55th.

Hari jadi
Hari lahir.

Semoga selamat semuanya
Apa yg dicitakan
Apa yang diimpikan
Semoga tercapai segala.

Ibu, walau terkadang bebelnya bengkak telinga
Marahnya merundum jiwa
Itulah ibu.

Nak kan yang terbaik untuk anaknya
Yang terindah dalam perjalanannya
Selamat hari jadi ibu.

Adek sayang ibu
Walau terkadang degil
Keras kepala tak dengar kata
Bertindak melulu bagai orang gila
Tapi doa ibu sentiasa ada
Sebab itu aku terpelihara.

Maafkan adek ibu
Adek sayang ibu
Selamat hari jadi ibu.

Ayah, adek rindu....

Monday, July 6, 2015

Hancur

Hancur hatiku
Mengenang dikau
Menjadi keping keping

Setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah antara kita.
-adifashla

Hancur
Lebur
Habis.

Hatiku rapuh
Tak boleh dirobek sedikit pun akan terkesan.

Bukan kau tak tahu
Tapi kau sengaja, kan?

Kau aku sayang
Kau kata aku kau sayang
Ada bezanya.

Kau cakap melalui mulut
Aku lontar guna hati.

Sekeras mana lidahku, tak seremuk hatiku kau langgar
Hancur.

Aku rindu, kau balas abai.
Aku sendu, kau balas biar.

Sedih aku tak terperi
Teringat kau punya janji
Yang indah berlori lori
Tapi satu pun kau tak beri.

Aku sedih
Hiba
Hancur.

Tangis aku kau mainkan
Marah aku kau kata bebelan
Sedu aku kau pertikai.

Sedikit kata pujukmu aku berlembut
Kerana hatiku sudah terpaut.

Bila masa kau kata pergi
Saat tu aku takkan boleh berdiri
Hatiku hancur
Hancur.

Sunday, July 5, 2015

Gasak

Gasaklah kau.

Gasaklah
Buatlah
Lantaklah.

Semua urat katamu betul
Semua tingkahku salah.

Gasaklah engkau
Suka hati kau lah
Biarlah.

Sepotong barisku kau keji seribu kali
Semua omelanmu aku cuba susun mengikut logikal
Gasaklah.

Permainan apa yang kau sedang ajak aku bermain, kau pemenangnya
Sebelum bertanding pun kau lah juara
Gasaklah.

Jika suatu hari nanti aku dah tak peduli
Redha lah
Diamlah
Beri ruang
Agar aku juga merasa menjadi pemenang dalam permainan ini.

I love you sayang.

Saturday, July 4, 2015

First

Pertama
First.

Apa yang kau rasa penting akan fidahulukan
First.

Macam mana sibunya diri kau akan cari masa untuk orang yang kau rasa penting
Orang yang kau mesti utamakan
Put him or her first.

Tapi kenapa tiada dalam listing kehidupan seharian kau?
1minit dalam 24jam kau yang begitu berharga?
Langsung tiada?

Hati aku sentiasa put you first
On the first place
First.

Kau tahu itu?
Ouh! Aku lupa
Kau tiada masa untuk itu.

Tuhan
Jika dia benar untukku dekakatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan unyukku redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu.

Amin ya Rabb.
Kau yang pertama
First.

Excuses

Excuse.
Alasan.

Kau salah
Kau beri alasan
Langsung tiada maaf.

Kau tahu aku tak akan merajuk berhari hari
Walhal 1jam pun aku tak mampu tanggung.

Kau berdosa
Kau ego
Langsung tiada ucap maaf lagi.

Apa yang kau beri cuma alasan
Excuses.

Beribu kau boleh hasilkan
Tapi maaf juga yang kau tak terucapkan.

Dua puluh empat jam sehari
Seminit pun belum tentu kau beri.

Terlalu sibuk urusan duniawi
Aku kau letak tepi.

Ouh! Excuses.
Alasan tak boleh diterima otak
Tak terhadam holeh hati.

Ya Rabb
Bantulah aku.

Thursday, July 2, 2015

Dengkur

Dengkur
Tidur
Lelap.

Kau letak kau dengkur
Kau lelah kau tidur
Kau letih kau lelap.

Tak tersorok muka kepenatan kau
Tak terbayang rasa lelah kau.

Semua masalah dunia hilang sementara
Sama leganya bila kau mengadu segala pada si Dia maha Pencipta.

Ampuhkan semua resahmu
Hilanglah segala serabutmu
Semoga jaga nanti tenang selalu.

Dengkur
Tidur
Lelap.

Wednesday, July 1, 2015

Cukup

Dah la
Tolonglah
Pls lah.

Awak tolong berhenti
Saya penat.

Saya taknak menangis lagi
Pergilah jauh jauh
Jauhlah rasa sayang
Jauhlah rasa rindu
Jauhlah rasa cinta.

Cukuplah.

Saya dah cuba yang terbaik
Kalau ini juga bukan terbaik
Cukuplah
Pergilah.

Jangan ditanya lagi
Bagaimana diri ini
Sihat kah akal ini
Remukkah hati ini?
Cukup.

Cukup
Cukup.

Bantulah aku.

Bulan Baru

Bulan baru.

Entah kenapa hati aku sentap
Rapuh.

Bulan baru
Seorang sahabat dekatkan 'pengadil' di mukanya
Mengangkat tangan, berkumat kamit.

Ouh! Dia berdoa
Kerana apa?
Bulan baru.

Kenapa aku langsung takda inisiatif begitu?
Sedangkan Tuhan kita sama
Agama kita sama.

Bulan baru
Selamat datang Julai.

Harap yang baik akan menemani sepanjang jalan.

Astagfirullah
Ampuni aku
Sucikan hatiku
Bulan baru.