Thursday, December 26, 2013

letih

Gigil badan aku
Ketar tubuh aku
Letih otak aku.

Pertama menahan amarah
kedua tahankan takut
Ketiga layankan gelisah.

Habis letih semuanya
Otak berfikir
Badan mengerah.

Buat itu tak kena
Buat yang ini bercela.

Gigil aku lihat keberanian manusiawi
Meragut, merompak, membunuh.

Ketar tubuh aku dihenyak kesana kemari
Mengejar urusan duniawi.

Letih otak aku berfikir cara berinteraksi,
Menyelesai, merungkai, masalah ilmu.

Badan terlalu letih
Sehingga terkadang sujudku di dalam tidur
Berfikir di dalam mimpi
Usaha sesudah jaga
Tapi belum pasti ada hasilnya.

Allahurabbi.
Berikanlah aku sesikit kekuatan lagi
Sehingga aku berjaya melepasi fasa ini
Supaya hidupku normal kembali.
Allah.

Tuesday, December 24, 2013

Melawan Subuh

Handphone menjerit
Snooze
Menjerit lagi
Snooze
Matahari yg dipetik suisnya tiba2 suluh bilik
"Ish" hati jadi marah
Handphone menjerit lg
Paggilan subuh hampir tamat
Dismiss
Mata tak lalu nak buka
Badan kata penat
Terlelap sebarang minit dua
Lalu terbuai dlm sejuk pagi
Terjaga
Terkejut
Subuh hampir pergi
Akhirnya bangun menghadap Ilahi
Takut tak jumpa subuh esok hari
Alhamdulillah.

Tuesday, December 17, 2013

kadang kadang

Kadang kadang
Aku ada rasa mahu merasa
Rasa apa yang kau rasakan sekarang.

Sakitkah?
Bahagiakah?
Maniskah?
Hempedukah?

Kadang kadang
Dia masuk kotak kecil ini.
Di atas dan di dalam
Otak dan hati.

Kadang kadang
Aku ingin bermimpi
Apa yang kau mimpi
Supaya aku bukan bermimpi
Untuk capai satu realiti.

Kadang kadang
Aku bersyukur
Kerana aku tak merasa apa yang kau rasa.

Sakitkah?
Bahagiakah?
Maniskah?
Oh hempedu.
itu yg aku tak mahu.

Cinta itu dalam maksudnya
Sedalam apa yang kau rasa.

Sakitkah?
Bahagiakah?
Maniskah?
Pahit??

Kadang kadang
Aku biarkan sahaja
Biarkan perasaan ini
yang ingin aku rasa
Kerana ia
Kadang kadang sahaja.

Note: sejujurnya aku bersyukur atas kehendak yang Maha Esa.
Apa yang ditentukanNya pasti ada hikmahnya.
Aku bersyukur kerana tidak merasa. Apa yang kau rasa.