Saturday, July 4, 2015

First

Pertama
First.

Apa yang kau rasa penting akan fidahulukan
First.

Macam mana sibunya diri kau akan cari masa untuk orang yang kau rasa penting
Orang yang kau mesti utamakan
Put him or her first.

Tapi kenapa tiada dalam listing kehidupan seharian kau?
1minit dalam 24jam kau yang begitu berharga?
Langsung tiada?

Hati aku sentiasa put you first
On the first place
First.

Kau tahu itu?
Ouh! Aku lupa
Kau tiada masa untuk itu.

Tuhan
Jika dia benar untukku dekakatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan unyukku redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu.

Amin ya Rabb.
Kau yang pertama
First.

Excuses

Excuse.
Alasan.

Kau salah
Kau beri alasan
Langsung tiada maaf.

Kau tahu aku tak akan merajuk berhari hari
Walhal 1jam pun aku tak mampu tanggung.

Kau berdosa
Kau ego
Langsung tiada ucap maaf lagi.

Apa yang kau beri cuma alasan
Excuses.

Beribu kau boleh hasilkan
Tapi maaf juga yang kau tak terucapkan.

Dua puluh empat jam sehari
Seminit pun belum tentu kau beri.

Terlalu sibuk urusan duniawi
Aku kau letak tepi.

Ouh! Excuses.
Alasan tak boleh diterima otak
Tak terhadam holeh hati.

Ya Rabb
Bantulah aku.

Thursday, July 2, 2015

Dengkur

Dengkur
Tidur
Lelap.

Kau letak kau dengkur
Kau lelah kau tidur
Kau letih kau lelap.

Tak tersorok muka kepenatan kau
Tak terbayang rasa lelah kau.

Semua masalah dunia hilang sementara
Sama leganya bila kau mengadu segala pada si Dia maha Pencipta.

Ampuhkan semua resahmu
Hilanglah segala serabutmu
Semoga jaga nanti tenang selalu.

Dengkur
Tidur
Lelap.

Wednesday, July 1, 2015

Cukup

Dah la
Tolonglah
Pls lah.

Awak tolong berhenti
Saya penat.

Saya taknak menangis lagi
Pergilah jauh jauh
Jauhlah rasa sayang
Jauhlah rasa rindu
Jauhlah rasa cinta.

Cukuplah.

Saya dah cuba yang terbaik
Kalau ini juga bukan terbaik
Cukuplah
Pergilah.

Jangan ditanya lagi
Bagaimana diri ini
Sihat kah akal ini
Remukkah hati ini?
Cukup.

Cukup
Cukup.

Bantulah aku.

Bulan Baru

Bulan baru.

Entah kenapa hati aku sentap
Rapuh.

Bulan baru
Seorang sahabat dekatkan 'pengadil' di mukanya
Mengangkat tangan, berkumat kamit.

Ouh! Dia berdoa
Kerana apa?
Bulan baru.

Kenapa aku langsung takda inisiatif begitu?
Sedangkan Tuhan kita sama
Agama kita sama.

Bulan baru
Selamat datang Julai.

Harap yang baik akan menemani sepanjang jalan.

Astagfirullah
Ampuni aku
Sucikan hatiku
Bulan baru.

Monday, June 29, 2015

Abai

Pernah kah kau bicara tapi tak di dengar?
Pernah kah kau tak salah tapi disalahkan?
-agnes monica

Abai.
Terabai.

Sebelum kau titip kata manis kau mandikan aku dengan bunga

Setelah itu kau calitkan tahi
Maka membusuk juga.

Sebelum itu kau senyum hingga ke telinga

Setelah itu kaugigit tubuh satu persatu sehingga cedera.

Sebelum itu kau tabur semua perkabaran indah
Setelah itu kau cipta seribu duka.

Aku kau abaikan
Aku terabai.

Sebelum lebih parah
Aku mohon Dia tunjukkan kuasa
Apa benar seperti yang kau kata
Semua yang indah akan tercipta.

Supaya senang aku mengajar hatiku redha
Dan biasa bila kau tiada.

Abaikan aku.

Aku Tahu

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam.
-tahu;fynn.

Aku tahu kau sempurna
Aku tahu kau dah cukup segalanya.

Aku tahu kau bahagia
Aku tahu hilangku tak tercela.

Aku tak tahu apa fungsi jasadku padamu
Aku tak tahu apa rasionalnya rohaniku untukmu.

Dimana kedudukan aku?
Dimana kau letak aku?

Aku tahu aku bayang bayang yang ada kala diperlu
Ada kala tak perlu.

Aku tahu aku cuma senipis dan seperca kehidupanmu.

Kalau pon aku hilang, tak terusik akalmu
Aku tahu itu.