Jangan menyesal kalau aku tiada
Aku bukan sesiapa
Tak ada harga, tak ada rupa
Cuma seorang manusia yang inginkan semua
Tapi sedar dengan kekurangan dirinya
Takkan ada yang boleh menerima
Sebulat bulatnya
Biasakan hatimu
Jangan diminta pujuk dan rayu
Kerana kau tak sperti dulu
Dah busuk dan tak laku
Janganlah ditangisi pemergianku
Sebab aku hanyalah aku
Menumpang kasih dibumi Ilahi
Kadang dimewah dengan kasih sayang
Kadang dihenyak dengan amarah
Kadang ditertawa oleh yang gah
Kadang ditipu demi kepentingan
Kadang diburu dengan kesedihan
Lumrah manusia memang begitu
Sentiasa mahu yang indah dan cantik
Tak salah untuk kau memilih
Perlahan lahan aku cuba mengerti
Jangan hiraukan aku
Jangan kesahkan yang lalu
Jangan patah semula
Biar biar biar
Nanti aku pujuk sendiri
Hati yang berduri duri
Sebab aku yakin Allah masih disisi
Selamat tinggal semua
Selamat tinggal harta dunia
Selamat tinggal yang susah senang bersama
Selamat tinggal keindahan sang Pencipta
Allahuakhbar!