Hancur hatiku
Mengenang dikau
Menjadi keping keping
Setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah antara kita.
-adifashla
Hancur
Lebur
Habis.
Hatiku rapuh
Tak boleh dirobek sedikit pun akan terkesan.
Bukan kau tak tahu
Tapi kau sengaja, kan?
Kau aku sayang
Kau kata aku kau sayang
Ada bezanya.
Kau cakap melalui mulut
Aku lontar guna hati.
Sekeras mana lidahku, tak seremuk hatiku kau langgar
Hancur.
Aku rindu, kau balas abai.
Aku sendu, kau balas biar.
Sedih aku tak terperi
Teringat kau punya janji
Yang indah berlori lori
Tapi satu pun kau tak beri.
Aku sedih
Hiba
Hancur.
Tangis aku kau mainkan
Marah aku kau kata bebelan
Sedu aku kau pertikai.
Sedikit kata pujukmu aku berlembut
Kerana hatiku sudah terpaut.
Bila masa kau kata pergi
Saat tu aku takkan boleh berdiri
Hatiku hancur
Hancur.
No comments:
Post a Comment