Wednesday, August 1, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum readers... :D
Currently tgh dok online lepas sahur tadi tak tido lagi.
Mata dah terasa berat sgt ne.
Sat g nak pergi kelas pula pkul 2ptg ne. (al maklumlah intersesi)
Tapi dalam kepala tgh pkir nak tengok Runningman je.
Pekena sedas dua baru ley tido ne agaknya.
Okay, entry kali ne nak cakap pasal arwah AYAH saya.

Surat untuk ayah
Bismillah...
Hari ne 2 Ogos 2012 genap umur ayah 55tahun.
Sedar tak sedar dah 3tahun lebih ayah tinggalkan kami bertiga (abg n ibu)
Malam tadi bila keluar je reminder kat handphone adik "Bitrhday ayahnda Hj Mohd Ghazalli 55yrs", adik terus tak boley berhenti menangis.
Adik ckp kat ibu dan abg,
"Hari ne hari jadi ayah".
Adik tak dapat nak tahan sebak.
Adik betul2 rindukan ayah.
Adik berterusan berisghtifar bila dada adik terlalu sebak dalam tangisan.
Al-fatihah tak kering dari bibir adik.
Setiap kali adik tengok org lain kucup dan salam tgn ayah mereka, ada satu perasaan yg adik tak boley nak terangkan.
Cemburu? Sedih?
Entahlah.
Tapi adik sentiasa berdoa, agar adik diberi peluang utk kucup tangan ayah lagi, peluk tubuh ayah, cium pipi ayah.
Adik masih rasa lagi hangat tgn ayah memimpin adik ke sekolah.
Tangan ayah yg memimpin adik di tgh org ramai.
Tangan ayah yg mengusap rambut adik masa adik sedih atau kecewa.
Wajah ayah yg memandang penuh kasih sayang.
Tidur di perut ayah.
Kalau lah Allah beri peluang utk adik buat semua tu lagi...
Tapi adik tahu itu mustahil.
Jadi adik berdoa agar semoga Allah pertemukan kita di syurga nanti. InsyaAllah
Ya Allah, peliharalah dan jagalah dia untukku agar suatu ketika nanti, Kau pertemukanku dgnnya lagi. Amin.

Motif Band- Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

p/s: Entry ne bukan utk menagih simpati dari mana2 pihak. Yg pergi tetap takkan kembali. Cuma ingin memberi ingatan kepada anda2 yg sudi singgah ini yg masih mempunyai ayah, hargailah dia sementara mereka masih di dunia ini. Al-Fatihah~
Sekian.
Wassalam.