Hye semuaaaa :D
Haaaa gembira kau jemah oi dpt idea nak tulis ape kat blog ne sebelum bersawang.
Apesal entry kali ne mcm good2 je. Hehe.
Maaf. Bukan niat ingin membahan.
Cume berkongsi apa yg patut.
Benda kelakar. Takkan nak gelak sorg2. Hewhewhew *gelak gedikss :D
Okay. Stop merapu, kita start...
Korang pernah tak member atau family atau org2 yg berdekatan korang salah menyebut certain words yg bunyinya ala2 sama, tp maknanya sungguh berbeza? Haaa.. Mesti masa tu korang bahan beliau habis2 kan? Huhuhu. Takpe saya pon same je. Kasihan kan beliau2 ne. Menurut kajian yg saya jalankan (ceh kajian mende, pendapat je. Saja propa lebih cket. Jgn marah noooo) beliau2 yg tersalah menyebut perkataan ne selalunya disebabkan mereka tersalah dengar pronunciation words tu sendiri, dan dengan confidentnya, beliau pon menyebut perkataan itu kembali. Ataupun, mereka tak pernah lihat atau tahu tentang 'benda' or perkataan tu, tp lumrah alam kan bila perkataan baru yg kita dengar, and it do sounds good like "come on" kita akan ulang banyak kali kann,.. Haaa baek kau mengaku.
Pertama:
Pulut Panggang
Haaa.. mesti korang pernah makan kueh ne kan? Apa?! Tak pernah. Petang ne pergi bazar ramadhan ye. Mesti ada. Lau takde, korg pusing lah 1Malaysia. Nak dijadikan cerita, adalah seorang roomate ku dulu semasa bejalar di UiTM Segamat, beliau ne beli lah kueh ne. Mase buka puase tu, beliau jerit kat kami2 (ahli roomate tersyang) join skali. "Weyh korang! Meh la makan PULUT BANGANG ne. Sedap tauuuu! Asylla, meh la makan PULUT BANGANG ne.. " Kami yg lagi tiga org ne pon paling maut lah ke arah beliau ne dan serentak ketawa. Yg paling nakal pon berkata, "Apa dia??? PULUT BANGANG! Hhahaha. Awak, pulut PANGGANG lahhh! Kalau pulut tu BANGANG, kitorg taknak makan lah!" Kami2 yg lain ne dah nak terguling ketawa. Dahlah baru nak berbuka. Beliau wat lawak di kala senja pula. Apa lagi, korg tahu kan apa yg terjadi pada beliau? Merah padam muka dia. Nak2 dapat roomate mcm kami ne. Kena bahan dlm 2-3hari jgk lah masa tu. Haihh.. beliau2... Maaf ye kawan :D Peace yo!
Kedua:
Pengantin berarak
Oke ilustrasi ne diambil ketika kakak saudaraku berkahwin di Ipoh. Tahun bila tak ingat dah. (Sekarang mereka dah dikurniakan seorg cahaya mata. Hero lagi. Alhamdulillah) Tapi apa yg saya nak sampaikan ne takde mngena dgn mereka ne pon. Di suatu ketika pada tahun 200? kami beramai2 ke majlis perkahwinan ntah siapa tak ingat di Melaka. Mungkin kami sampai awal agaknye. Lepas makan tu, tunggu punya tunggu, tgh panas terik tu, tiba2 adik sepupuku yg baru berusia 5 atau 6 tahun ketika itu pon bersuara, "Bila perantin nak BERLAGAK ne?" Kami semua yg ada kat situ pecah ketawa. Ada yg sampai tekan2 perut. Aduyaii. Adik2. Lau tak tahu tu takyah la cakap! Pakai bantai dia je. Adehh~
Ketiga:
Terbongkang (Maksudnya tidur dalam keadaan yg mengerikan)aku bg ilustrasi cket
Ne kucing yg tidur kan. Kira oke lah lagi. Cuba bayangkan org yg mcm ne. Ada lg teruk kangkang sampai satu meter bila tidur. Hehehe. Ne pon member saya yg salah ckp jgk. Mcm biasa, budak2 baru nak up, dgr perkataan baru, asyik nak sebut je. Serupa lah dia ne pon. Masuk2 bilik kami, terus cakap, "Hish korg ne TERJONGKANG tido lagi?!" Lahhh.. Kitorg yg mata pedih2 (walau dah tgh hari tak sedor diri) terus terbeliak mata ne, dan terus ketawa. Apadaaaa terJongkang? =_="
Keempat:
Standing in the Eyes of the World- Ella
Mesti korg pernah dgr lagu ne kan. Tak silap aku lagu ne dicipta untuk Sukan Komanwel 1998. Kalau silap, maafkan saya :D Nak cerita ape? Masa tu saya baru berumur 8tahun dan abang saya 11tahun. Selalu lah lagu ne dimainkan kat radio. Dan setiap kali lagu ne ke udara, kami mesti bernyanyi dgn penuh khusyuk dan semangatnya. Tapi nak tahu apa yg kami nyanyi? " Spender India, spender India, Spender India, Spender India of the world..." Bunyi lebih kurang kan? Kalau stakat nyanyi dalam kereta je takpe. Ne kalau kat pasar2 or shopping complex mainkan lagu ne, kami nyanyi dgn jayanya, agak2 apa lah perasaan ibu dah ayah kami ketika tu. Malu dapat anak macam ne. Haishh. Maafkan kami ye :(
Kelima:
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Mesti korang pernah terfikir kan, macam mana pagar nak makan padi? Pagar tu pagar lah. Mane ade makan2. Hmm. Sebenarnya peribahasa ini yg sebetulnya adalah "Harapkan pegar, pegar makan padi. Pegar tu ada lah sejenis spesis burung laa.. Apa lah korang nee.. Apa? Korangg dah tahu? Jadi sy sorg je lah baru tahu ne. Okay ini sedikit info tentang burung Pegar.
Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga. Terdapat 35 spesies pegar dari 11 negara. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. -Sumber dari Wikipedia
Setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan setakat ne. Ada beberapa lagi perkataan yg pernah saya dengar antaranya:
Pejam Celik = pejam pelik
Cepu Emas = Cepu Cemas
5-6 gulung = Minah gulung
Skema badut = skema babun
Melepaskan batuk ditangga = Batok (iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung.)
Segala yg diceritakan diatas tidak berniat mahu memalukan apalagi membahan beliau2 tetapi hanya utk berkongsi ilmu agar kita tak membuat kesilapan lagi di masa akan dtg. InsyaAllah. Kalau anda ada perkataan2 yg ingin dikongsikan silalah komen ye. Sehingga berjumpa lagi. (versi skema badut)
P/s: Rasanya belum terlambat saya ingin menghulur 10jari memohon maaf andai sepanjang penulisan ini pernah menyakiti atau menghantui pembaca2 semuaaa.. Hehe.. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia. Rebutlah seberapa banyak pahala di bulan ini kerana berlipat ganda ganjarannya. Wallahualam bi sawaab, engkau tanya aku tak bley jawabbb :D -Sekian.
Wassalam..